SEJARAH SMK ST. MICHAEL, ALOR SETAR (1934 - 2009)
SMK ST. MICHAEL bermula dengan sebuah rumah dua bilik yang terletak di Jalan Kanchut dengan jumlah pelajar hanya 30 orang sahaja. Sekolah ini bermula sebagai sekolah rendah bebas yang ditubuhkan oleh seorang pendakwah kristian ulung yang komited sekalipun pada waktu tersebut telah ada sekolah kerajaan Inggeris. Sekolah St. Michael diasas oleh Rev. Fr. Louis Riboud dari Paris Foreign Mission pada 15 Januari 1934. Dua bulan kemudian, sekolah ini dipindahkan ke bangunan yang disewa dari YM Cik Menyelara, ibunda YTM Tunku Abdul Rahman Al-Haj di Kampong Perak. Jumlah pelajar pada waktu tersebut telah meningkat kepada 100 orang.
Pengetua yang pertama, Mr. Nishi Nakayama, seorang warga Jepun, bekas Pengetua Assumtion Boys' School, Butterworth dengan empat orang guru. Diikuti pada tahun 1936, Mr. Ng Kum Ark telah mengambil alih pentadbiran sekolah st. Michael. Pada tahun 1937, sewaktu Mr. T.V. Pereira dipilIh sebagai pengetua, jumlah muridnya telah meningkat kepada 200 orang dan sekolah St. Michael telah menghasilkan kumpulan pelajar pertama Senior Cambridge. Keputusan peperiksaan Cambridge Oversea O' level School Centificate sekitar tahun 1939 dan 1940 amat baik dan telah mendapatkan perhatian Bishop Melaka, Mgr. Devals yang membeli sebidang tanah dari "Hin Compony" untuk menempatkan sekolah St. Michael di Lorong Merpati dengan harga $8,550.00.
Selepas Jepun menyerah diri, sekolah St. Michael mula beroperasi dengan 100 orang murid di bawah selian YTM Tunku Abdul Rahman. Pada tahun 1948, berlaku pertambahan bilik kelas. St. Michael kemudiannya dikelolai pihak La Salle Christian Brothers yang berpusat di Pulau Pinang. Rev. Bro. Cornelius dilantik sebagai Penyelia Sekolah-sekolah La Salle pertama pada 1 Januari 1949. Pada tahun 1950, buat kali pertama Sultan Kedah telah merasmikan acara sukan sekolah St. Michael.
Pada 1 Januari 1952, sekolah St. Michael yang di bawah naungan Rev. Bro. Anthony telah diberi status grant pendidikan (grant-in-aid status) oleh Jabatan Pelajaran Negeri Kedah, dan pada 1953, grant sepenuhnya telah diberi dan diambil alih sepenuhnya oleh kerajaan. Di bawah naungan Rev. Bro. Bernard, bilangan pelajar telah bertambah dan bangunan untuk kelas yang baharu telah dibina. Pada 1955, En. Charles Alexander Westwood telah menggantikan En. Simon Gomez sebagai Pengetua. Pada 1 Januari 1963, Bro. Brendan telah dilantik sebagai guru dan penyelia sekolah rendah dan menengah.
Pada tahub 1966, YB En. Khir Johari, Menteri Pelajaran Malaysia telah meluluskan grant untuk pembinaan dua makmal sains. Pada 1973, hampir semua guru sekolah St. Michael telah ditukar keluar. Walau bagaimanapun, pengetua yang baharu, En. A.N.A Krishnan telah berjaya mengembalikan kegemilangan sekolah St. Michael. Sementara itu, perjanjian telah dicapai dengan Bishop Pulau Pinang untuk mengembalikan sebahagian daripada padang sekolah kepada pihak gereja sebagai pertukaran dengan sebidang tanah untuk bangunan sekolah. Pengarah Pelajaran pada masa itu, En. Abdul Razak yang juga pekas pelajar St. Michael telah memasukkan pembangunan sekolah St. Michael ke dalam Rancangan Malaysia Ke-4. Usaha ini juga telah disambung oleh pengganti beliau, En. Abdul Hamid Ayob. Pada tahun 1977 juga, sekolah St. Michael mula menerima kemasukan pelajar-pelajar perempuan. Pada tahun 1982, En. Josept Phun bersara daripada jawatan pengetua dan diganti oleh En. Chong Kam Poo.
Pada era En. Chong Kam Poo, sekolah St. Michael telah mendapat kepercayaan orang sekeliling. Enrolment palajar telah melonjak dari 500 orang pelajar ke 1700 orang pelajar ketika beliau bersara pada tahun 1999. Ibu bapa berpusu-pusu datang untuk mendapatkan tempat belajar bagi anak-anak mereka. Pihak La Salle Christian Brothers dan Gereja Katolik telah bersetuju untuk menyerahkan tapak Sekolah Menengah St. Michael kepada kerajaan pada tahun 1982. YB. Dato mohamed Khalil Bin Yaacob, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia telah meletak batu asas pembinaan dua blok bangunan empat tingkat pada 4 Mei 1984 dan siap pada 1 Januari 1985. Pada thun 1985, En. Chong Kam Poo telah memberi peluang kepada pelajar masalah penglihatan untuk sama-sama belajar dengan pelajar normal.
Pada tahun 1990, sekolah St. Michael telah menjadi "cored". Enrolment pelajar bertambah secara mendadak sehingga waktu persekolahan dibuat dua sesi. Sekolah St. Michael telah dinaikkan ke gred A pada tahun 1994 dan menjadi sekolah bantuan penuh kerajaan pada tahun 1997 dengan gelaran Sekolah Menengah Kebangsaan St. Michael. Pada tahun 1997 juga, Sekolah Rendah St. Michael telah berpindah ke Sekolah Rendah Asma yang telah dikosongkan dan diberi nama Sekolah Rendah Kebangsaan Alor Setar. En. Chin Chin Geey telah menggantikan En. Chong Kam Poo pada tahun 1999 bagi meneruskan usaha menggemilangkan SMK St. Michael. Beliau telah menggaskan satu visi untuk sekolah iaitu "To produce disciplined, scholastic and sterling Michaelians".
Pada tahun 2000, satu jogathon telah diuruskan bagi menggutip sumbangan untuk mendirikan makmal komputer. Di bawah 'tennure' En. Chin Chin Geey, banyak perubahan dari segi prasarana sekolah telah dilakukan. Kedudukan pejabat dan bilik guru telah diubah, dan kawasan kantin telah diubah suai. Pada April 2002, dua blok banggunan saki baki kayu sekolah telah dirobohkan dan diganti dengan dua blok banggunan konkrit empat tingkat bagi menempatkan pejabat sekolah, bilik darjah, dewan kecil, bilik masakan dan juga perpustakaan. Sejajar dengan usaha kerajaan bagi mewujudkan sekolah satu sesi, SMK St. Michael telah melaksanakannya pada tahun 2004. Pada tahun 2005, En. Chin Chin Geey telah diganti dengan En. Goh Ah Sim dan pada tahun 2006, En. Ooi Beng Huat pula telah mengambil alih pentadbiran SMK St. Michael bagi mengembalikan kegemilangan yang pernah disandang oleh SMK Michael melalui visi dan misi sekolah dalam bidang akademik dan kokurikulum.
Berkad kerjasama pihak PIBG yang diketuai oleh En. Chang Seng, Ahli Lembaga Sekolah yang dikepalai Dato' Cheah Chong Chiew serta Paersatuan Bekas Michaelian, Pejabat Pelajaran Daerah Kota Setar serta Jabatan Pelajaran Negeri Kedah, SMK St. Michael akan terus maju dan utuh.